Kisah Doktor Kurang Ajar..

on Isnin, 4 Mei 2009


Minggu lalu agak kurang sihat. Badan selalu sakit-sakit dan sakit ulu hati kerap datang. Suatu hari aku terasa sakit kepala yang teramat sangat dan ulu hati rasa menyucuk-nyucuk. Akibatnya, terpaksa ambil cuti sakit. Memang pada siang hari tersebut langsung tak boleh bangun kerana sakit kepala yang berdenyut-denyut dan asyik muntah-muntah. Alhamdulillah, pada sebelah malamnya..ada ringan sedikit, maka digagahi jua untuk ke klinik.


Lain pula kisahnya bila berada di klinik 24 jam yang ada di kawasan satok. Aku dilayan dengan layanan yang tak sepatutnya. Geramnya hati bukan kepalang. Dengan perut yang memboyot lagi seksi ni aku masuk dan terus duduk. Doktor tu haram tak pandang aku. Lepas tu selamba jer tanya..dah kawin ke belum????? Gila ke apa doktor tu!!


Tak sampai 3 minit pun memeriksa aku..doktor tersebut mengatakan "u ok jer..cuma gastrik sikit" Selamba beb!!! Aku punya la sakit giler siang tu...dia boleh kata aku takder apa. Jangan kata nak check kandungan aku..tengok pun tak! So, aku malas nak berapikan lagi hati aku..diam jer la. Lepas tu aku bagitau..aku mintak sick leave... Tau apa dia kata. " Hei..sori..i tak boleh bagi u sick leave..u boleh pegi keja. Cuma gastrik jer ni.. Tak payah sick leave. Ini keputusan doktor!".. Kepala hotak dia! Jam dah pukul 9.30 malam..nak pegi keja apanya!!! Aku cakap kat dia aku sakit siang tadi..tak boleh bangun langsung. Doktor tu masih lagi bekeras kata dia tak akan bagi sick leave! Apa lagi...aku pun naik syeikh! Tau dia kata apa??? "Ini perkara biasa bagi orang pregnant! Tak kan u nak cuti sembilan bulan jugak ka?" Aku dah tak dapat kontrol lagi..so..bermulalah scene jawab berjawab. Aku cakap kat dia.." U laki..mana tau rasa sakit org pregnant!" Dia kata.. " I dah keja jd doktor 12 tahun tau!! I tau apa i buat".. Siot bettul. Aku tak nak mengalah.."U keja 12 tahun ke..120 tahun ker.. kalu macam ni u buat kejer.. memang tak layak jadi doktor! Nak check orang pun tak sampai 2 minit. Nak ambik untung klinik jer!" Geramnya aku tahap gaban lapar! At last, dia mengalah jugak.


Tak habis kat situ..pembantu klinik dia pun semacam jer! 2 kali lima! senyum mahal harga 6 juta! Dia pun layan aku kurenggg sikit. Aku pun naik geram jugak la.... Rupa-rupanya, doktor tadi, bukan orang Malaysia! Doktor Import! Patutla bengap sangat! Tak paham bahasa.. tak berbudi bahasa pulak tu..Pendek kata kurang ajar laaaa... Kita elok-elok tanya dia..dia pulak yang macam nak cari gaduh! Adakah patut layan orang sakit macam tu. Aku masih geram kat klinik tu sampai sekarang. Dah la klinik dia selalu tak cukup ubat! Bertobat aku nak jejak kaki kat klinik neraka tu lagi.....


Pengajaran : Orang Malaysia sentiasa berbudi bahasa...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alahai kesiannye... Memang dokter kerajaan camtu kot...

Salam ziarah

Catat Ulasan

GAMBAR KOLEKSI

WAJAH-WAJAH DI SARAWAK FM

Mari bergoyang....


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com