TEKA TEKI YANG LAYAK KENA TAMPAR!!

on Jumaat, 24 April 2009


1) Lubang ape yang rasanye hangat, nikmat dan nyaman?

Answer: LUBANGun pagi2, tarik selimut pastu lu tido balik….


2) Minyak ape yang disukai oleh lelaki?

Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M opp!!! salah EPL laaa

3) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?

Answer: Kuih salah bikin.


4) Binatang ape yang power dlm bab berKarate?

Answer: Kuda belang….cube kira brape black belt dia ade.


5) Siape yang menemukan dompet kulit?

Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.


7) Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?

Answer: Pintu yang ade tulis ‘TARIK’


8) Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki…siapakah saya?

Answer: Pembohong…


9) Apa dia ‘Jauh di mata, dekat di hati’?

Answer: Usus


10) Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?

Answer: Kutu rambut


11) Nenek sape jalannya meloncat-loncat?

Answer: Neneknye si katak


12) Kenape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?

Answer: Sbb lelaki ni kan ‘buaya’


13) Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?

Answer:Sekretari baik………………’Selamat pagi Boss’Sekretari kurang baik………..’Dah pagi ni Boss’


14) Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?

Answer: Dua-dua tak kenal korang…heheheh


15) Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?

Answer: Tukang gali kubur


16) Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?Answer: Tahi hidung


17) Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?

Answer: Dua-dua kalau dah ‘kringgg’ bole diangkat…


18) Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?

Answer: Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa …gile ape…


19) Gajah terbang dengan ape?

Answer: Dengan susah payah……Hahahahahahahahhhahahahh !!!!!!!

PERASAN TAK ANDA....



1. Bila kita ke EPF untuk menyemak caruman, dengan sekelip mata saja penyata dapat dikeluarkan melalui slip komputer, tetapi bila kita nak mengeluarkan simpanan, kena tunggu 5 hingga 6 bulan.


2. Walaupun kerajaan sudah berkali-kali menasihatkan pengguna jalanraya supaya berhati-hati ketika memandu, tetapi kes-kes kemalangan makin meningkat.


3. Bila kerjaan menetapkan had laju lebuhraya setakat 110km sejam sahaja,tetapi masih membenarkan penjualan kenderaan yang mampu melepasi had laju tersebut sehingga dua kali ganda.


4. Bilamana kakitangan kerajaan yang dibayar gaji dari hasil dan pendapatan rakyat berlagak sombong bila masa berurusan dengan orang ramai.


5. Bilamana harga roti canai dinaikkan 10 sen sekeping ketika kerajaan menaikkan harga tepung 10sen sekilo.


6. Bila mengenangkan harga kereta Proton lebih murah diluar negara daripada di negara sendiri.


7. Bilamasa sesuatu skandal didalam Jabatan kerajaan hanya diketahui setelah bertahun-tahun lamanya.


8. Walaupun berpuluh-puluh filem bollywood ditayangkan dengan hanya tajuk berbeza, tapi dengan plot yang sama, rentak tarian yang seiras dan pelakon-pelakon yang serupa, maseh ramai jugak yang berpusu-pusu untuk menontonnya.


9. Bilamana perempuan ditinggalkan oleh lelaki, lelaki dituduh tidak setia,tetapi bilamana perempuan meninggalkan lelaki, lelaki pulak dikatakan tidak memenuhi citarasa.


10. Bilamana mengenangkan ada orang yang boleh berjanji pada kita untuk hadhir pada sekian-sekian masa, dia akan menjelma sejam kemudian,setiap kali.


11. Bilamasa kita menanyakan status berkenaan sesuatu permohonan kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan, jawapannya semua serupa…DALAM PROSES!


12. Bilamasa kita nak ke Sabah dan Sarawak bagi tujuan integrasi, kita kena pakai passport, tetapi tidak bagi orang Sabah dan Sarawak pulak bila datang ke Semenanjung.


13. Bilamasa mengenangkan adat sopan santun kita untuk tidak menghabiskan juadah makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah bila kita mengunjung walhal dari segi agama mengatakan jangan membazir!


14. Bilamasa kita terlambat untuk membayar pinjaman bank, kita akan dikenakan faedah keatas bayaran tersebut, tetapi bila bank terlebih potong,kita kena tunggu sampai 4-5 bulan walaupun untuk mendapat 5sen balik… tanpa faedah!.


15. Bilamasa kita terlambat untuk sampai ke lapangan terbang untuk check-in, kita akan didenda 25% dari tambang kapalterbang, tetapi bila penerbangan dibatalkan atau terlambat, satu benda pun kita tak dapat melainkan penat menunggu!


16. Bila setiap kali pasukan sukan negara kita tewas dalam sesuatu pertandingan, kita akan segera membuat “post-mortem” tanpa membuat “post-mortem” keatas pegawai yang membuat “post-mortem” tu sendiri, sebab dia tak pernah tahu punca kegagalan kita.


17. Kenapa pemilik teksi Bandaraya mengenakan tambang 50% selepas tengah malam sedangkan dibandaraya selalunya bercahaya terang (macam siang) dan kurang traffic jam pulak tu… .mungkin takut kena rompak… tapi nak buat apa caj lebih pun kalau lepas tu kena rompak?


18. Bilamasa kita makan di restoran-restoran makanan segera kita dikenakan caj 10% cukai kerajaan dan 5% cukai perkhidmatan sedangkan cukai kerajaan itu adalah diatas untung syarikat dan cukai perkhidmatan tak pernah ada sebab semuanya layan sendiri?

AKU MENANGIS KERANA TUHAN

Semalam
Aku menangis depan tuhan
diri kotor penuh noda
Iblis laknat kuasai jiwa
Sesat jauh dari rahmat-Nya



Semalam
Aku menangis depan tuhan
malu akan kejahilan
sesal dengan kesombongan
mengundang kemurkaan

Semalam
Aku menangis depan tuhan
merenung nasib di alam sana
entah apa ‘kan ku terima
terbiasa bangga dengan dosa-dosa

Semalam
Aku menangis depan tuhan
Dalam sujud mohon keampunan
Setelah hidayah Engkau campakkan
Dalam hati tipis iman

Semalam
Aku menangis depan tuhan
Lalu nur Engkau berikan
Terangi jalan lama kelam
Menagih kasih mengharap keredhaan

Hari ini aku menangis lagi
Syukur dalam hati
Ruang Engkau beri
Nikmat Engkau janji
Anugerah kasih sejati

Esok
Aku pasti menangis lagi
Demi keampunan
dan
Mahabbah tuhan..


Norhidayah Hj Bujang
4 Julai 2008

SEMBANG SASTERA- IDEALISME PENULIS


Kali ini Semabang sastera di sarawak FM mengungkap tajuk 'IDEALISME PENULIS'. Dalam skop perbincangan, saudara Awang Zaidel banyak menggunakan maklumat yang dipetik daripada Wacana Pemikiran Penulis Kenyalang baru-baru ini. Tidak dinafikan, beberapa penulis Bumi kenyalang wajar dilabel sebagai orang yang mempunyai nilai pemikiran yang tinggi ketika menghasilkan karya. Pastinya, karya yang terhasil adalah buah hasil percambahan minda dan pemikiran yang berkualiti.

Tertarik dengan kenyataan Abiburrahman,penulis novel Ayat-Ayat Cinta (yang jualannya lebih 60 ribu sebulan) yang mengungkapkan 5 ciri pengarang yang ingin karyanya menjadi bestseller dan hebat iaitu : 1. NIAT YANG KUAT 2. KEBERANIAN UNTUK MENULIS 3. IDEALISME YANG DIPERJUANGKAN DAN KEKUATAN JIWA 4. ILMU,WAWASAN DAN PENGUASAAN TEKNIK MENULIS YANG BAIK 5. BERAKHLAK MULIA.

Walau apapun, perkara ini terlalu subjektif untuk diperkatakan. Terpulanglah dengan penulis itu sendiri bagaimana untuk 'memolekkan' karya masing-masing sehingga mampu 'memukau' para pembaca. Saya percaya, setiap penulis mempunyai gaya dan kreativiti masing-masing. Bukankah dunia sastera kita penuh dengan warna-warni ?

KARYA AGUNG YANG TERDAPAT DI MALAYSIA

on Khamis, 23 April 2009

1. BUSTAN al-KATIBIN

- karya paling awal tentang Bahasa Melayu yang disusun oleh seorang ilmuwan dan budayawan melayu ulung, Raja Ali Haji. Kitab ini selesai dikarang pada 15 September 1850. Raja Ali haji menekankan bahawa perkara paling utama yang harus dipelajari oleh orang Melayu tentang bahasanya ialah ilmu yang terkandung di dalamnya, kerana bahasa padanya ialah alat dalam sistem pemikiran yang digunakan secara kreatif oleh manusia untuk mancapai ilmu yang benar tentang alam ciptaan Allah. Dengan mengikuti adab dan syarat menuntut ilmu, pembelajaran bahasa Melayu mampu melahirkan penutur yang bukan sahaja fasih bercakap tetapi bercakap dengan budi bahasa dan adab sopan yang mutlak dengan ilmu yang sahih dan benar.

2. CERITA JENAKA MELAYU

-dalam edisi karya agung ini, termuat sebelas buah cerita jenaka Melayu iaitu, Hikayat Sang kancil, Pelanduk dengan Anak Memerang, Pak Kaduk, Lebai Malang, Pak Pandir, Pak Belalang, Si Luncai, Mat Jenin, Hikayat Pelanduk Jenaka, Hikayat Musang Berjanggut dan Hikayat Abu Nawas. Fungsi cerita jenaka bukan sekadar hiburan malah menjadi alat penyampaian ilmu yang biasanya disampaikan oleh tukang cerita dan diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Begitulah salah satu cara orang melayu dahulukala menyampaikan sesuatu ilmu atau pengajaran,iaitu melalui cerita. Cerita Pak Kaduk musalnya, pengajaran atau ilmu yang ditinggalkan ialah "Menang Sorak Kampung Tergadai". Melalui cerita ini, kita dapat melihat bagaimana orang desa yang tidak 'berkuasa' tidak mempunyai pilihan apabila berhadapan dengan pihak yang berkuasa sehingga dia terpaksa menyerahkan atau menukarkan haknya (iaitu ayam sabung yang jaguh) dengan aset yang tidak berharga milik pihak berkuasa. Cerita ini menggambarkan kebijaksanaan rakyat, iaitu orang melayu mentafsirkan keadaan sosial dan struktur kuasa masyarakatnya.

3. CERITA LIPUR LARA

-lima buah cerita lipur lara dimuatkan dalam buku ini adalah cerita lisan yang dirakam oleh pegawai-pegawai Inggeris seawal tahun 1886, bertujuan mendalami ilmu tentang orang melayu. Cerita-cerita yang dipersembahkan oleh penglipurlara dengan iringan rebab dan ketukan belangan atau batil begitu berpengaruh dan bersemarak dalam masyarakat Melayu sehinggalah sampai ke penghujung abad ke-20.

4. HIKAYAT ABDULLAH

- selesai dikarang pada 3 Mei 1843 di Kampung Melaka, Singapura, pada zaman dunia Melayu menghadapi cabaran ekonomi, politik dan budaya yang luar biasa dari Barat (Eropah). Abdullah Munsyi dianggap sebagai pengkritik sosial zamannya yang cuba membawa wawasan baharu supaya orang melayu mengubah acuan fikiran dan kepercayaan lama yang tidak progresif. Beliau menjadi tokoh yang memperkenalkan genre autibiografi den genre jurnalistik dalam sejarah kesusasteraan melay. Buku ini mengisahkan pengalaman hidupnya sepanjang berada di Melaka dan Singapura, yang merupakan beberapa catatan sejarah yang amat penting.

5. HIKAYAT ACHEH

- dihasilkan pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Aceh (1606-1636) sewaktu berlakunya pertumbuhan fikrah dan merupakan pusat tamadun Melayu-Islam yang besar dan kuat selepas kejatuhan Melaka pada tahun 1511. dalam hikayat ini, pembaca dapat melihat sejarah kebesaran kerajaan Melayu-Islam Aceh pada zamn itu, perhubungannya dengan dunia luar,khususnya dengan negeri-negeri dari dunia Asia-Barat, pertembungannya denga kuasa-kuasa luar dari Eropah (Portugis dan Belanda). Karya ini dikarang dalam bahasa melayu, bukan dalam bahasa Aceh atau Bahasa Arab, membuktikan bahawa bahasa Melayu menguasai rantau ini dalam pertumbuhan kegiatan penulisan dan pemikiran yang luar biasa hasil tamadun yang tinggi.

6. HIKAYAT HANG TUAH

- dikarang sekitar tahun 1641-1736. Satu-satunya epik Melayu yang melakar cita-cita, kebolehan, dan sikap hidup orang Melayu pada suatu zaman. Hang Tuah mewakili keunggulan citra Melayu sebagai bangsa berbudaya dan bertamadun dengan menonjolkan sifat-sifat bangga diri, keberanian, kepintaran dan budi bahasa halus, yang mendapat penghormatan dan pengiktirafan daripada bangsa dan kerajaan asing, yakni sumber hubungan luar ketamadunan Melayu pada zaman prapencerobohan Portugis di Melaka. Pengarang mengakhiri karyanya dengan meninggalkan semangat yang kekal dalam minda Melayu sehingga hari ini : "Takkan Melayu Hilang di Dunia".

7. HIKAYAT INDERAPUTRA

- sebuah karya agung Melayu Genre cerita lipur lara yang terkenal dan tersebar luas pada abad ke-17 hingga ke-19,terbukti dengan terdapatnya naskhah karya ini dalam versi-versi Aceh, Jawa, Lombok, Bugis, Makasar, Cam dan Mindanao. Inderaputera, watak utama hikayat in, diandaikan sebagai seorang pengembara sufi yang mencari kebenaran Illahi. Di samping kisah percintaan dan pengembaraan, karya ini merupakan sebuah karangan yang penuh dengan nada mengajar dan sebuah epik yang menyanjung seorang wira yang berjaya melepasi pelbagai rintangan sebelum mengasaskan dinasti raja tempatan.

8. HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

- hasil penulisan sejarah tradisional, dikarang pada sekitar tahun 1800-an, yang menyumbang keterangan tentang asal-usul keturunan raja-raja Kedah dari mitos dan lagenda. Penulisan ini menyatukan mitos dan realiti sejarah, antaranya: Pemberontakan rakyat menentang Raja Bersiung, Kisah Raja Buluh Betung, perhubungan kerajaan Kedah dan Siam, proses pengislaman raja Kedah dan Lain-lain.

9. HIKAYAT PANJI JAYENG KUSUMA

- sebuah cerita panji yang juga ditulis dalam bahasa melayu. Unsur-unsur utama yang diketengahkan dalam buku ini ialah percintaan, pengembaraan dan peperangan. Percintaan dalam HPJK berlangsung antara anak-anak raja dari beberapa buah kerajaan seperti Kuripan, Daha, gagelang, Singasari, Majapahit dan Lasem. Semua anak raja ini ditunangkan sesama mereka sejak kecil lagi. Raden Inu Kerta Pati, sebagai wira dalam cerita ini telah ditunangkan dengan Raden Galoh Candera Kirana, wirawatinya. Namun, akibat tersilap mendapat gambaran paras rupa Raden Galoh Candera Kirana,Raden Inu kertapati telah memutuskan peryunangan mereka, sebaliknya berkahwin pula dengan anak raja Singasari, Raden Galuh Lasmi Ningrat. Walaubagaimanapun, Raden Inu Kertapati akhirnya mengetahui rupa paras sebenar raden Galuh Cendera Kirana selepas berangkat ke Daha untuk menghadiri perkahwina Raden Galuh Cendera kirana. Raden Inu berazam untuk mengambil semula tunangnya itu, tetapi gagal apabila Raden Galuh Cendera Kirana menghilangkan diri. Ekoran daripada peristiwa itu bermulalah pengembaraan mereka mencari Raden Galuh Cendera Kirana. Sepanjang pengembaraan ini, berlaku pelbagai peristiwa seperti peperangan, penjelmaan, penyamaran dan sebagainya.

10. HIKAYAT RAJA PASAI

- kemungkinan dikarang dalam jangkamasa dari tahun dari tahun 1211-1400. Mencakupi suatu zaman dalam sejarah Pasai, Sumatera Utara. Di situ agama Islam mula-mula bertapak pada abad ke-13. Walaupun hikayat ini mengandungi unsur-unsur mitos setempattetapi terdapat juga yang didasari oleh fakta sejarah yang dibuktikan dengan penemuan nisan Malikul Salih ( nama yang diberikan kepada Merah Silau sesudah memeluk Islam). Karya ini memaparkan kisah kelahiran dan kejatuhan sebuah kerajaan Melayu yang dapat dijadikan pengajaran untuk generasi akan datang.

11. PANTUN MELAYU - BINGKISAN PERMATA

- karya ini menghimpunkan 4000 pantun, puisi istimewa ciptaan orang melayu. Buku ini juga memuatkan pelbagai jenis dan bentuk pantun, yang meliputi tema dan isi yang luas dan pelbagai. Edisi ini juga menyediakan tiga jenis indeks, iaitu Indeks Baris Pertama, Indeks Maksud dan Indeks Kata Rujuk untuk memudahkan pengguna membuat rujukan.

12. SULALATUS SALATIN

- dikenali juga sebagai Sejarah Melayu. Naskhah tertua ini pernah ditemui dikarang di Johor pada tahun 1612. Bendahara Paduka Raja Tun Seri Lanang dititahkan Sultan mengarang "diperbuatkan perteturun segala raja-raja Melayu dengan istiadatnya, supaya didengar oleh anak cucu kita kemudian dari kita dan diketahuinyalah segala perkataan, syahadan beroleh faedahlah mereka itu daripadanya". Episod-episod yang dipaparkan memberi maklumat penting tentang raja-raja Melayu serta istiadatnay, juga peristiwa bersejarah dalam kerajaan Melayu Melaka dan tanah jajahannya.

13. SYAIR KEN TAMBUHAN

- selesai disalin pada 20 September 1840 di Kampung Melayu, Negeri Makassar. Sebuah cerita panji yang dikarang dalam bentuk syair ini mengisahkan kisah percintaan dan pengembaraan Raden Inu Kerta Pati dan Raden Galuh Cendera Kirana. Ealaupun cerita ini berasal dari Tanah Jawa, temanya merentas sempadan etnik dan budaya setempat, yang membuktikan Bahasa Melayu telah mencapai taraf sebagai bahasa supraetnik sejak ratusan tahun lamanya.

14. TUHFAT an-NAFIS

- menceritakan sejarah Kerajaan Riau-Lingga, sebuah kerajaan Melayu selepas kejatuhan kerajaan Kesultanan Melaka. Menurut pengkaji, karya ini merupakan karya sejarah melatu yang paling kompleks dan canggih antara semua karya Melayu yang dikarang sebelum abad ke-20. Latar peristiwa meliputi jangka waktudari awal abad ke-17 hingga pertengahan abad ke-19. Dari segi geografi, Tuhfat an-Nafis meliputi kerajaan Melayu di Semenanjung Melayu, Kalimantan Barat, Sulawesi Selatan dan Betawi.

FAKTA TENTANG BUAH PINGGANG

on Rabu, 22 April 2009

TAHUKAH ANDA....

  • Buah pinggang kita menuras dan membersihkan hampir 200 liter darah setiap hari
  • Saiz buah pinggang ada sebesar saiz penumbuk atau buku lima manusia
  • Seorang daripada 10 orang dewasa di dunia ini pastinya akan menghidap masalah buah pinggang yang kritikal jika tidak dijaga
  • Kos rawatan pesakit buah pinggang kronik yang menjalani hameodialisis kini mencecah rm2000 seorang, melebihi purata pendapatan sebulan rakyat Malaysia
  • Kegagalan buah pinggang boleh membawa maut
  • Buah pinggang yang rosak tidak dapat diganti dengan buah engkalak atau bigik kedaong dan buah yang ada di jual di Giant mahupun Choice Supermall...hehehhehehe

TEATER WANGI JADI SAKSI DIBATALKAN

Salam...
Baru saja menerima perkhabaran daripada rakan saya Saudara Yusuf Fansuri, Sutradara Teater Wangi Jadi Saksi, menyatakan pementasan tersebut TERPAKSA DIBATALKAN. Entah apa aral yang melintang,namun inilah keputusan yang perlu dilaksanakan. Terkilan sedikit kerana tidak sempat menyaksikan pementasan tersebut. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku. Apapun, saya harap tenaga produksi WJS tidak menyerah sebelum kalah... Semoga API dalam jiwa mereka terus membara demi memperjuangkan Teater Di Bumi kenyalang.

PENGACARA TV KURANG AJAR

Untuk menjadi seorang pengacara,harus mempunyai ketahanan yang kuat ketika berhadapan dengan apa jua situasi. Inilah yang selalu sifu saya pesan! Jangan menjadi "skalor yang melampau" seandainya anda tidak mahu kehilangan tugas anda. Sila lihat klip video ini sampai habis....anda akan tahu "skalor akan mempawa padah"!!!! Gerenti begoleng kitakorang nangga video tok.

"Nisoorttt kali naakkkk!!!!"



DJ NOR & DJ YAZID ...

"BEKENANG DI SARAWAK FM"

Jangan Lupak kita bekaol setiap pagi Sabtu di Sarawak FM pukul 9.15 di Sarawak FM.

Rancangan yang memaparkan kembali kisah zaman mensia lamak marek. Gerenti tekenang zaman tahun Alip dolok.. Kompom begoleng tetak bila kita bekenang balit. Kisah gik mudak..kisah tembang lamak..kisah tv lamak..kisah pengantin mensia lamak marek dan macam-macam lagiklah!

Cerita pun sik guna...Dengar dirik pun..

"Melobor-melobor!!!!!!!!!"

WADAH BAHASA DAN SASTERA

SALAM...

Kehadiran Saudara Awang Zaidel, Editor Wadah Sastera dan Budaya ke Sarawak FM banyak memberi maklumat yang berkaitan dengan pelajar-pelajar khasnya yang berkaitan dengan karya. Bukan sahaja para pelajar,malah golongan 'kakak' dan 'makcik' juga terpancing dengan ruangan ini. Insyallah, kita akan ulang siar rancangan SEMBANG SASTERA BERSAMA EDITOR WBS pada tarikh dan masa yang akan ditetapkan nanti.

SEMBANG SASTERA DI SARAWAK FM

Salam...
Untuk karyawan semua...tidak kisah yang baharu atau lama..
Dialu-alukan untuk turut serta dalam Ruangan Sembang Sastera di Sarawak Fm.
Kita berkarya...kita berbudaya dan kita bersastera bersama-sama..
Setiap HARI KHAMIS...PUKUL 9.15 MALAM DI SARAWAK FM..

GAMBAR KOLEKSI

WAJAH-WAJAH DI SARAWAK FM

Mari bergoyang....


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Terdapat ralat dalam alat ini