PERASAN TAK ANDA....

on Jumaat, 24 April 2009



1. Bila kita ke EPF untuk menyemak caruman, dengan sekelip mata saja penyata dapat dikeluarkan melalui slip komputer, tetapi bila kita nak mengeluarkan simpanan, kena tunggu 5 hingga 6 bulan.


2. Walaupun kerajaan sudah berkali-kali menasihatkan pengguna jalanraya supaya berhati-hati ketika memandu, tetapi kes-kes kemalangan makin meningkat.


3. Bila kerjaan menetapkan had laju lebuhraya setakat 110km sejam sahaja,tetapi masih membenarkan penjualan kenderaan yang mampu melepasi had laju tersebut sehingga dua kali ganda.


4. Bilamana kakitangan kerajaan yang dibayar gaji dari hasil dan pendapatan rakyat berlagak sombong bila masa berurusan dengan orang ramai.


5. Bilamana harga roti canai dinaikkan 10 sen sekeping ketika kerajaan menaikkan harga tepung 10sen sekilo.


6. Bila mengenangkan harga kereta Proton lebih murah diluar negara daripada di negara sendiri.


7. Bilamasa sesuatu skandal didalam Jabatan kerajaan hanya diketahui setelah bertahun-tahun lamanya.


8. Walaupun berpuluh-puluh filem bollywood ditayangkan dengan hanya tajuk berbeza, tapi dengan plot yang sama, rentak tarian yang seiras dan pelakon-pelakon yang serupa, maseh ramai jugak yang berpusu-pusu untuk menontonnya.


9. Bilamana perempuan ditinggalkan oleh lelaki, lelaki dituduh tidak setia,tetapi bilamana perempuan meninggalkan lelaki, lelaki pulak dikatakan tidak memenuhi citarasa.


10. Bilamana mengenangkan ada orang yang boleh berjanji pada kita untuk hadhir pada sekian-sekian masa, dia akan menjelma sejam kemudian,setiap kali.


11. Bilamasa kita menanyakan status berkenaan sesuatu permohonan kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan, jawapannya semua serupa…DALAM PROSES!


12. Bilamasa kita nak ke Sabah dan Sarawak bagi tujuan integrasi, kita kena pakai passport, tetapi tidak bagi orang Sabah dan Sarawak pulak bila datang ke Semenanjung.


13. Bilamasa mengenangkan adat sopan santun kita untuk tidak menghabiskan juadah makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah bila kita mengunjung walhal dari segi agama mengatakan jangan membazir!


14. Bilamasa kita terlambat untuk membayar pinjaman bank, kita akan dikenakan faedah keatas bayaran tersebut, tetapi bila bank terlebih potong,kita kena tunggu sampai 4-5 bulan walaupun untuk mendapat 5sen balik… tanpa faedah!.


15. Bilamasa kita terlambat untuk sampai ke lapangan terbang untuk check-in, kita akan didenda 25% dari tambang kapalterbang, tetapi bila penerbangan dibatalkan atau terlambat, satu benda pun kita tak dapat melainkan penat menunggu!


16. Bila setiap kali pasukan sukan negara kita tewas dalam sesuatu pertandingan, kita akan segera membuat “post-mortem” tanpa membuat “post-mortem” keatas pegawai yang membuat “post-mortem” tu sendiri, sebab dia tak pernah tahu punca kegagalan kita.


17. Kenapa pemilik teksi Bandaraya mengenakan tambang 50% selepas tengah malam sedangkan dibandaraya selalunya bercahaya terang (macam siang) dan kurang traffic jam pulak tu… .mungkin takut kena rompak… tapi nak buat apa caj lebih pun kalau lepas tu kena rompak?


18. Bilamasa kita makan di restoran-restoran makanan segera kita dikenakan caj 10% cukai kerajaan dan 5% cukai perkhidmatan sedangkan cukai kerajaan itu adalah diatas untung syarikat dan cukai perkhidmatan tak pernah ada sebab semuanya layan sendiri?

1 ulasan:

ZULKIFLI BIN MOHAMED berkata...

Salam DJ Nor,

saya nak menarik perhatian kepada "perkara no. 12" dalam catatan saudari,

ini berlaku atas "sebab sejarah jua", rujuk semula "Tuntutan 20 Perkara" yang dirundingkan oleh pemimpin Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sewaktu kita bersama-sama ingin membentuk Persekutuan Malaysia (16 September 1963).

Catat Ulasan

GAMBAR KOLEKSI

WAJAH-WAJAH DI SARAWAK FM

Mari bergoyang....


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com