JANGAN BERGADUH LAAAA...

on Isnin, 22 Jun 2009


Pada Jan 1978, 2 orang lelaki di Thonburi, Thailand berbalah tentang suatu persoalan. Yang mana lebih dulu, ayam atau telur. Prtengkaran terjadi dan seterusnya mereka brtumbuk. Pergaduhan hanya berakhir setelah lelaki yang mengatakan ayam wujud dulu melanyak sahabatnya itu hingga mati ! Ish..benda kecik pun sampai nak berbunuhan..Dunia sekarang memang pelik..Kadang2 tu sebab yang diberikan setelah melakukan jenayah memang xmasuk akal langsung!!


Nor : Nang samseng laaa...hahahah..sapa samseng lagik mun dibanding ngan dak panglima seman??ahahahhaha

CARA TAAT KEPADA SUAMI


Masyarakat Narikot di Nepal mempunyai tradisi yang pelik, iaitu isteri dikehendaki membasuh kaki suami, kemudian menghirup sedikit daripada air basuhan kaki tersebut sebagai bukti ketaatan mereka.Errmm, xda cara lain ke? Apapun, kita kena respek tradisi diorang..


Nor : mun stong ginei nak ngirup!!!!

TAHU KE KITA BAHAWA....




  • Manusia mempunyai lebih kurang 600 otot; tapi ulat bulu ada lebih 4,000!! Hairan tak?


  • Semut boleh mengangkat 50 kali ganda dan menarik 30 kali ganda dari berat badannya.


  • Kelawar selalunya membeluk ke kiri apabila keluar dari gua.
  • Hanya .016 mg toksin yang dikeluarkan oleh “Poison Frog” (katak beracun) boleh membunuh 180-paun manusia.


  • Seekor lebah perlu menghisap 4,000 kuntum bunga untuk mendapatkan satu sudu besar madu.

  • Kambing mempunyai anak mata yang berbentuk segi empat tepat.


  • Burung unta mempunyai kaki yang terpanjang. Kakinya boleh mencapai sepanjang 1.3m. Diet Panda ialah 99% buluh.


  • Deria rasa rama-rama di kaki belakangnya.


  • Sekiranya ekor kangaroo diangkat, ia tidak boleh melompat sebab ekornya berfungsi untuk mengimbangkannya.


  • Haiwan darat yang paling pantas di dunia ialah cheetah. Kelajuan yang boleh dicapainya ialah 60-70 batu per jam (110 km/jam).


  • Cengkadak hanya mempunyai satu telinga.


  • Hanya nyamuk betina yang akan gigit kerana protin dari darah diperlukan untuk pengeluaran telur.


  • Gigi tupai akan tumbuh berterusan. Gigi kacipnya boleh tumbuh sepanjang enam inci setahun, tapi masih pendek kerana penggunaan yang kerap.


  • Kelenjar di kaki rusa akan meninggalkan bau di jejak yang dilaluinya dan akan membantu mereka berkomunikasi diantara satu sama lain.


  • Tidak ada 2 ekor zebra yang mempunyai tanda yang sama.


  • Labah-labah mempunyai hidung dikaki yang boleh mengesan bau yang berkemungkinan mangsa, pemangsa atau pasangannya.


  • Ular tedung berleher hitam boleh menyemburkan bisa ke musuh sehingga sejauh 2.5m(8 kaki).


  • Seekor bebiri dewasa boleh menyimpan sehingga 2 liter air ubat kutu selepas mandi kutu
  • Cimpanzi boleh belajar mengenali dirinya di cermin tetapi monyet tidah boleh berbuat demikian.

    Siput mengeluarkan cecair tanpa warna dan melekit yang bertindak sebagai pelapik dibawahnya semasa ia bergerak. Cecair ini begitu efektif sehingga membolehkan mereka merangkak di mata pisau tajam dan tidak melukakan mereka.

  • Belalang boleh melompat sejauh 40 kali ganda panjang badannya.


  • Burung hantu mempunyai bola mata yang berbentuk tiub. Oleh itu mereka tidak boleh mengerakkan mata mereka. Untuk melihat sekeliling mereka terpaksa mengerakkan keseluruhan kepala.


  • Ada tapak sulaiman yang tidak perlu pasangan untuk membiak malah mereka boleh pecah kepada dua dan “tangan” yang baru akan tumbuh.


  • Lalat mempunyai 4000 kanta di setiap matanya.


  • Terdapat beberapa ekor singa yang boleh mengawan lebih dari 50 kali sehari.


  • Tanduk badak sumbu dibuat dari bulu yang dipadatkan.


  • Satu set gigi ikan yu boleh tumbuh dalam masa satu minggu!


  • Penyu dan kura-kura mempunyai kulit pelindung keras yang dibuat dari 59-61 tulang. Seperti tulang kita, kulit ini merupakan sebahagian dari rangka .


  • Sistem penghadaman arnab adalah unik. Ia akan berehat dalam lubang tanah selepas makan dan kemudian mengeluarkan najis lembut yang terjadi dari makanan yang separa hadam. Arnab akan makan najis tersebut untuk mendapat khasiat nya. Kemudian ia akan mengeluarkan najis berbiji-biji keras di luar lubang tanah.


  • Gigi tikus adalah seperti mata pisau kerana ia boleh mengunyah semua benda malah konkrit dan juga besi.


  • Makanan permulaan anak buaya mengandungi beberapa biji batu. Para saintis berpendapat batu ini sebagai pemberat yang membantu supaya dalam keadaan tegak semasa berenang dan/atau kisar makanan semasa penghadaman .


  • Burung belatuk boleh mencatuk dua puluh kali dalam masa satu saat..


  • Lipas boleh hidup selama sembilan hari tanpa kepala sebelum ia mati kelaparan.


  • Harimau bukan hanya mempunyai bulu yang berbelang malahan kulit nya juga berbelang


  • Burung penguin jantan akan mengeram sebiji telur yang ditelurkan oleh pasangannya, Semasa tempoh dua bulan ia tidak makan dan akan hilang 40% dari berat badannya


  • Kumpulan angsa akan berjalan dalam garisan panjang, terbang dalam bentuk V. Semasa seekor angsa mengepak ini akan meningkatkan daya untuk lain yang mengikut, malah lebih 70% daya penerbangan jika dibandingkan terbang bersendirian.


  • Ikan lumba-lumba perlu sedar semasa bernafas oleh itu mereka tidak boleh tidur nyenyak kerana ini boleh menyebabkan mati lemas. Mereka telah “menyelesaikan” masalah ini dengan hanya sebahagian dari otaknya yang tidur.
    Landak diahirkan bogel dan “duri” di badannya terdapat dibawah kulit dan akan bertunas dalam masa 36 jam.

TAMAN ASUHAN UNTUK PARA SUAMI

Untuk pengetahuan anda, sebuah bar di Hamburg telah dijadikan taman asuhan untuk para suami. Dengan membayar E$11.80 (saya tak tahulah kalau dalam RM berapa) , wanita2 di banadaraya itu boleh meninggalkan suami mereka di Noxbar bagi membolehkan mereka membeli belah dengan aman tanpa perlu mendengar keluhan si suami. Dengan itu, isteri boleh membeli belah dengan aman manakala si suami pula dapat bersantai sambil minum2 dan berehat dengan rakan2 yang senasib.

Setiap lelaki yg dihantar akan diberikn lencana dan makanan, 2 gelas bir serta menonton tv. 2 orang jururawat terlatih ditugaskan menjaga lelaki2 berkenaan. Berdasarkan sambutan hangat yang diberikan, taman asuhan ini akan dikembangkan lagi operasinya ke kota2 lain diseluruh dunia bagi menangani tekanan membeli belah yang dihadapi oleh lelaki dan wanita.

Pada minggu pertama pembukaannya pada Okt 2003, taman ini yang dinamakan sebagai ‘Maennergarten’ telah mendapat sambutan hangat apabila 27 wanita meninggalkan pasangan masing2 di Noxbar pada hari sabtu. Lelaki2 tersebut diambil semula pada pukul 6 petang untuk membawa brg2 yang dibeli oleh pasangan mereka.

Nor : Tedah sidak ya lok...

FAKTA PELIK TENTANG HAIWAN



  • Semut akan bersenam menegangkan badannya apabila bangun pada waktu pagi..Musykil betul..xsangka semut pun pandai yer..


  • Beberapa spesis cacing ribbon akan memakan diri mereka sendiri apabila gagal mendapat sebarang makanan..Rasa2 nya diorang boleh hidup lagi ke kalau dah makan diri sendiri? Cuba bayangkan kalau manusia makan diri sendiri? TAK DAPAT BAYANGKAN!


  • Apabila seekor badak air dewasa mengangakan mulutnya, keluasaan bukaannya cukup membolehkan seorg budak setinggi 1.25 meter berdiri didalamnya..Padanlah pun..Tengok mulut dia yang terkatup tu pun dah cukup besar


  • Yang ini memang pelik betul..Selain mulut, katak dan berudu boleh makan menggunakan mata ! Macam mana diorang buat erk? Kuasa ALLAH..


  • Arnab betina boleh mengawal populasinya dengan menyerap embrionya ke dalam tubuh..Ish..Ish..Ish..kalau manusia boleh buat macam ni, mesti xda kes buang anak merata2..Betul x?

KETAGIH SARUNG KAKI....


Di Belleville, seorang lelaki yang pernah dipenjara tiga kali, mungkin disumbat ke tempat sana kerana ketagih mencuri sarung kaki wanita. James Dowdy,36, ditahan bersama sarung kaki yang dicuri dari rumah seseorang di Belleville pada isnin lalu. Sikap Dowdy itu berpunca daripada ketakutannya sepanjang setahun tinggal bersama bapanya. Kata ibunya, Dowdy berasa selamat jika memegang sarung kakinya..


Nor : Pakenak nya tok?? Nisorttt kali nak!

FAKTA PELIK LAGI...



  • Duit kertas sebenarnya bukan di perbuat daripada kertas sebaliknya daripada kapas


  • Perut bayi hanya boleh memuatkan susu sebanyak 60ml pada satu masa. Manakala perut orang dewasa mempunyai kapasiti paling maksimum ialah 1.5 liter. Namun lembu boleh memuatkan makanan sebanyak 300 liter dalam perutnya.


  • Sebanyak 110,000 juta tan karbon dioksida memenuhi atmosphera setiap tahun kesan pembakaran petrol. Untuk menyerap semua gas tersebut, ia memerlukukan hutan seluas benua Australia.


  • Sebanyak 4,082 kilogram bunga ros akan dapat menghasilkan hanya 0.972kg ekstrak untuk dijadikan bahan campuran di dalam pembuatan minyak wangi.


  • Kelapa paling besar di dunia boleh diperolehi hanya di Kepulauan Seychelles di Lautan Hindi. Berat buahnya yang masak mencapai sehingga 22 kilogram.

LAGI FAKTA BENAR...

1) Gurun Sahara di utara Afrika mendapat namanya daripada 'Sahra' yang bermaksud liar atau terbiar. Manakala penyanyi Siti Sarah pula mendapat nama daripada bapanya yang bernama Raisudin.

2) Menghidu (bukan makan) pisang atau epal hijau boleh membantu mengurangkan berat badan manakala menghidu gam dan menghisap dadah juga boleh mengurangkan berat badan malah boleh juga membawa maut.

3) Secara purata, seseorang akan menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya manakala beruk dan monyet pula tidak perlu bergayut semasa hendak menggunakan telefon.

4) Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia manakala di dalam sungai klang terdapat beribu-ribu bahan kimia dan juga sampah sarap.

5) Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya manakala kumpulan rap Malaysia Too Phat pula sinonim dengan yo..yo..ya a auw..ya auww!!!

6) Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000 telur setiap hari manakala Ratu Elizabeth pula boleh hidup menjangkau usia 100 tahun.

7) Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya manakala maknyah pula hanya boleh menukar jantinanya sekali sahaja.

8) Tikus kasturi, mamalia paling kecil di dunia hanya makan 4 kali lebih berat daripada badannya dalam masa 36 jam manakala limau yang paling kecil sekali di dunia adalah limau kasturi dan di tanam di Kg. Limau.

GAMBAR KOLEKSI

WAJAH-WAJAH DI SARAWAK FM

Mari bergoyang....


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Terdapat ralat dalam alat ini