JANGAN LEKA DENGAN TELEFON BIMBIT ANDA

on Khamis, 14 Mei 2009


CALGARY: Seorang pekerja syarikat minyak yang melanggan satu pelan panggilan dengan sebuah syarikat menerima padah dan terpaksa membayar bil sehingga K$60,000 (RM198,143) gara-gara kesilapannya sendiri. Piotr Staniaszek, 22, melanggan pelan khidmat syarikat Bell Mobility membolehkan dia menggunakan carian web pada telefon bimbitnya dengan bayaran K$10 (RM33) sebulan. Bagaimanapun, pemuda itu memuat turun muzik dan filem dari telefon berkenaan ke komputernya menyebabkan dia dikenakan bil sehingga K$60,000 hanya dalam tempoh sebulan. Reuters


Nor : Teringat zaman bercinta dulu...begayut sampai 5 jam... hehheheh

LUMUR NAJIS DI BADAN ELAK MAUT


Pada Zaman Pertengahan, Black Death telah menyerang Eropah mengakibatkan berjuta-juta nyawa terkorban akibat diserang sejenis penyakit berjangkit. Keadaan di Eropah pada masa itu amat cemas kerana setiap nyawa diancam maut.Tanpa bantuan perubatan moden, masyarakat Eropah menggunakan kaedah-kaedah pencegahan yang aneh untuk mengelakkan daripada dijangkiti penyakit berkenaan.


Antaranya ialah;


*mandi air kencing manusia

*meletakkan lintah atau besi panas pada tubuh

*melumur najis di badan

*membakar kayu dan herba yang harum di dalam rumah

*meletakkan bangkai binatang di dalam rumah

*memakan leburan emas dan serbuk permata atau rubi

*memakai pakaian khas berbentuk burung dan memasukkan minyak yang berasa manis serta cuka di dalam paruh 'burung' tersebut.

Sebenarnya Wanita... (2)


~Rahsia Wanita~


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa

SEBENARNYA WANITA....


DUHAI ORANG PEREMPUAN.
Peliharalah dirimu dari imej penggoda. Jadilah....


1. Wanita berwawasan.


2. Bersopan-santun pakaian dan tingkah lakumu.


3. Ingatlah bahawa tangan yang mengoncang buaian bukan saja dapat mengoncang dunia, malah mengoncang iman lelaki.


4. Pemuda harapan bangsa, Pemudi tiang negara. Allah Yang Maha Bijaksana telah menciptakan manusia dgn sebaik-baik kejadian. Dan Dia telah menjadikan hambaNya itu berpasang-pasangan.


Lelaki & wanita yang saling memerlukan. Sebahagiannya menjadi pembantu kpd sebahagian yg lain.Kemuliaan manusia hanyalah dalam agama …. sejauh mana mereka dapat menta’ati perintah Allah dengan cara Nabi Muhammad s.a.w. Allah s.w.t. telah mengurniakan kepada wanita dengan berbagai kelebihan.


Syarat untuk wanita masuk syurga begitu mudah.


Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda :"Seorang wanita yang mengerjakan solat 5 waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kemaluannya serta taat kepada suaminya, maka pasti dia akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dikehendakinya." (Hadis Riwayat Abu Nuaim)


Abdul Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Seorang wanita solehah lebih baik dari 1000 lelaki yg tak soleh. Dan seorang wanita yang melayan suaminya selama seminggu maka ditutupkan baginya 7 pintu neraka & dibuka 8 pintu syurga yg mana dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa hisab.


"Siti Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.wa bersabda: "Tidaklah seorang wanita yang haidh kecuali haidhnya merupakan kifarah bagi dosa-dosanya yang telah lalu. Dan pada hari pertama haidnya membaca "Alhamdulillahi 'alakulli hal waastaghfirullaha min kulli zanbin" maka Allah menetapkan baginya bebas dari neraka, dengan mudah melalui sirat, aman dari siksa bahkan Allah mengangkat ke atasnya darjat 40 orang syuhada apabila dia selalu berzikir kepad Allah selama haidnya."

GRUP TEATER NGONCONG DI SARAWAK FM

on Rabu, 13 Mei 2009

Malam ini, 14 Mei 2009.. Sembang Sastera di sarawak FM menampilkan salah seorang Ahli jawatankuasa yang baru bagi Grup Teater Ngoncong iaitu Tuan Haji Kassim Daud. Dalam bual bicara, beliau menerangkan peranan AJK Ngoncong yang baharu serta aktiviti-aktiviti dalam perancangan untuk memantapkan lagi kumpulan teater ini.

Sempat juga menyelitkan beberapa soalan nakal untuk Ngoncong... khasnya kontoversi yang melibatkan wakil negeri ke peringkat kebangsaan untuk Festival Teater Malaysia tahun lepas. Untuk mengetahui jawapan dan respon beliau...jangan lupa ikuti sembang sastera pada malam ini pukul 9.15 malam hanya di Sarawak FM.

Nor : Tahniah untuk Hazis Wahab yang masih lagi menjadi nakhoda untuk Ngoncong..

BENARKAH PENULIS DAN SASTERA DI SARAWAK LESU?

on Jumaat, 8 Mei 2009

Sembang sastera di Sarawak FM minggu lalu mengetengah isu ini sebagai melihat pandangan khalayak tentang sastera di Bumi Kenyalang.Menurut pemerhatian, ternyata penulis dan sastera kita tidak lesu. Hal ini jelas dibuktikan melalui karya-karya yang di hantar ke Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak oleh penulis-penulis mapan mahupun amatur. Awang Zaidel Jamil selaku tetamu dalam Sembang Sastera di sarawak FM minggu lalu mendedahkan bahawa ruangan Wadah Bahasa dan Sastera sahaja boleh mengumpul lebih 50 karya dalam masa sebulan.
Walau bagaimanapun,ada sesetengah pihak berpendapat keghairahan bersastera di Sarawak kadangkala terganggu dengan lesunya proses penerbitan yang dikendalikan oleh agensi yang bertanggung jawab, namun, Awang zaidel menafikan perkara tersebut dengan menyatakan, proses untuk menerbitkan sesebuah karya itu bukan mudah. Karya yang dihantar perlu dinilai dari segi kualitinya, etika dan kesesuaian sesebuah kerya tersebut sebelum diterbitkan. Menurut beliau lagi, beberapa elemen lain juga dititikberatkan untuk penerbitan sesebuah karya tersebut.
Dilihat dari tirai kritikan dan ulasan juga memberansangkan dalam dunia sastera kita. Nama-nama seperti Jais Sahok, Abg Patdeli Abg Muhi, mohidin Malek, Zakaria Abdul Manan dan ramai lagi adalah antara pengkritik yang aktif menulis di Bumi Kenyalang ini. Perlu ditekankan bahawa, kritikan dan ulasan itu penting bagi mengangkat sesebuah karya untuk menjadi lebih matang.
Biarpun, penulis dan sastera kita di Sarawak ini segar, namun, promosi masih lagi diperlukan bagi menarik lebih ramai lagi penggemar sastera. Media memainkan peranan penting dalam hal ini. Malangnya, kerancakan sesebuah program sastera itu 'rencat' dengan penglibatan khalayak atau penonton. Yang dimaksudkan di sini, hanyalah 'audien import' dari sekolah-sekolah dan kolej-kolej. Persoalannya, dimanakah penulis-penulis kita sendiri? Kalaupun ada, cuma segelintir sahaja. Inilah masalah yang sering dihadapi oleh hampir setiap majlis sastera tidak kiralah bicara karya, diskusi buku dan seumpamanya.
Kesimpulan dari perbincangan Sembang Sastera malam itu, ternyata penulis kita tidak lesu, cuma ada beberapa elemen lain yang 'melesukan' sastera kita. Kita berharap, elemen-elemen ini dapat ditangani dengan sebijak yang mungkin oleh penggiat sastera kita. Persoalan tentang 'audiens import' pasti akan saya bawa ke laman Sembang Sastera untuk siri yang akan datang untuk diperkatakan.

Jangan Sampai Terlanjur...

on Rabu, 6 Mei 2009

Anak dara zaman sekarang jauh bezanya dengan anak dara zaman dahulu. Tak payah diceritakan kat sini..tau sama tau lah yer...

Ni nak kongsikan dengan teman-teman semua. Kalau ada adik pompuan ke, anak sedara pompuan ke, anak pompuan ke.. (tak termasuk yang rasa dirinya pompuan ek!).. jaga elok-elok. Tapi, ada sesetengah orang memang dah jaga betul-betul, tapi tetap jugak buat hal...Hmmm..yang tu susah sikit nak cakap.


Mengandung sebelum nikah untuk zaman sekarang semakin menjadi-jadi. Macam perkara biasa la pulak. Masyarakat pun tak terkejut sangat kalau mendengar ada yang termengandung baru berusia 15 tahun. Huh...inilah manusia akhir zaman..maksiat semakin berleluasa..


Mahu tak mahu, kalau dah 'berisi' tu terpaksa lah jugak menikah. Dan inilah masalahnya. Prosedur baru untuk mereka yang nak menikah bawah umur ni terrrrrrlalu la banayk. Bukan macam zaman dulu. Panggil tok kadi, ada wali dan saksi..nikah jer laa. Tapi bukan zaman sekarang. Nak dijadikan cerita, baru-baru ini aku diuji untuk membantu sorang hamba Allah yang dah 'berisi' 4 bulan. umur baru 16 tahun. Pasangannya pulak..baaaaru masuk 17 tahun. Sorang form 4 sorang form 5.


dipendekkan cerita..aku bawaklah pegi JAIS. Nak mohon untuk nikahkan diorang ni punya la banyak prosedur. First, kena ada sijil berhenti sekolah.Kemudian, bapak bakal pengantin kena buat surat kebenaran ke Mahkamah untuk anaknya bernikah bawah umur. Lepas tu kena lagi carikan lawyer. Lepas di, ada sebutan kes depan hakim. Pasal denda dan bayaran lagi..tak payah cerita la.. Kalau yang berwalikan hakim lagi la banyak ceritanya. Juga perlu lawyer. Kemudian bertemu dengan HAKIM di Mahkamah Syariah. Dan macam-macam lagi. 2-3 minggu memang setiap hari berulang alik ke JAIS dan Mahkamah Syariah. Bila dah settle semua, baru boleh tetapkan tarikh akad nikah. Fuuuhhh.... bukan senang beb!


Jadi, kat sini, aku nak bagitau kat semua teman, kalau ada adik,anak sedara, anak, anak jiran dan saper-saper je lah.. tolonglah jaga diri elok-elok. Pegangan agama perlu didahulukan. Kalau dah terlanjur..payah kita dibuatnya. Yang kesian..orang tua yang terpaksa menanggung macam-macam. Urus itu dan ini, bagi duit untuk menikah (ni bagi yang bawah umur dan masih sekolah), tebalkan muka pegi jumpa penghulu mintak signature,dan macam-macam lagi. Paling sedih bila orangtua terpaksa MENANGGUNG MALU!


Untuk ibubapa yang pernah melalui ujian seperti ini,Apa pun yang berlaku..terimalah dengan hati yang tenang. Sentiasa sabar dengan setiap ujian dan dugaan. Sentiasa bermohon semoga Allah lindungi dari segala keaiban di dunia dan akhirat... Dan untuk adik-adik kita...berfikir sebelum membuat sesuatu tindakan. Fikirkan apa yang bakal kita hadapi untuk masa depan. Semoga Allah kuatkan iman kita........


Nor : Walaupun iman kita senipis tisu, jangan biar sampai ia terkoyak...





FAKTA LAGI...

on Isnin, 4 Mei 2009

1. Secara puratanya, wanita yang mencecah umur 30-an mempunyai 25 tahi lalat di sekitar tubuh. Ia mungkin tidak berbahaya tetapi anda harus berhati-hati kerana ia mungkin penyebab kanser kulit. Lakukan pemeriksaan doktor untuk kesihatan.

2. 15 kali 'melepas angin' sehari itu sihat. tak kira sendawa atau kentut..ianya baik untuk kesihatan. Menurut Dr.Jeremy sanderson, konsultan gastroentrologist di Hospital Guy and St.Thomas.

3. Pelukan atau berpeluk boleh menyihatkan jantung anda. Memeluk seseorang selama 20 minit setiap hari boleh mengurangkan tekanan darah sehingga 10% dalam masa dua minggu sekaligus mengurangkan risiko penyakit jantung. Itulah yang dilaporkan oleh pakar daripada University of North Carolina.

Kisah Doktor Kurang Ajar..


Minggu lalu agak kurang sihat. Badan selalu sakit-sakit dan sakit ulu hati kerap datang. Suatu hari aku terasa sakit kepala yang teramat sangat dan ulu hati rasa menyucuk-nyucuk. Akibatnya, terpaksa ambil cuti sakit. Memang pada siang hari tersebut langsung tak boleh bangun kerana sakit kepala yang berdenyut-denyut dan asyik muntah-muntah. Alhamdulillah, pada sebelah malamnya..ada ringan sedikit, maka digagahi jua untuk ke klinik.


Lain pula kisahnya bila berada di klinik 24 jam yang ada di kawasan satok. Aku dilayan dengan layanan yang tak sepatutnya. Geramnya hati bukan kepalang. Dengan perut yang memboyot lagi seksi ni aku masuk dan terus duduk. Doktor tu haram tak pandang aku. Lepas tu selamba jer tanya..dah kawin ke belum????? Gila ke apa doktor tu!!


Tak sampai 3 minit pun memeriksa aku..doktor tersebut mengatakan "u ok jer..cuma gastrik sikit" Selamba beb!!! Aku punya la sakit giler siang tu...dia boleh kata aku takder apa. Jangan kata nak check kandungan aku..tengok pun tak! So, aku malas nak berapikan lagi hati aku..diam jer la. Lepas tu aku bagitau..aku mintak sick leave... Tau apa dia kata. " Hei..sori..i tak boleh bagi u sick leave..u boleh pegi keja. Cuma gastrik jer ni.. Tak payah sick leave. Ini keputusan doktor!".. Kepala hotak dia! Jam dah pukul 9.30 malam..nak pegi keja apanya!!! Aku cakap kat dia aku sakit siang tadi..tak boleh bangun langsung. Doktor tu masih lagi bekeras kata dia tak akan bagi sick leave! Apa lagi...aku pun naik syeikh! Tau dia kata apa??? "Ini perkara biasa bagi orang pregnant! Tak kan u nak cuti sembilan bulan jugak ka?" Aku dah tak dapat kontrol lagi..so..bermulalah scene jawab berjawab. Aku cakap kat dia.." U laki..mana tau rasa sakit org pregnant!" Dia kata.. " I dah keja jd doktor 12 tahun tau!! I tau apa i buat".. Siot bettul. Aku tak nak mengalah.."U keja 12 tahun ke..120 tahun ker.. kalu macam ni u buat kejer.. memang tak layak jadi doktor! Nak check orang pun tak sampai 2 minit. Nak ambik untung klinik jer!" Geramnya aku tahap gaban lapar! At last, dia mengalah jugak.


Tak habis kat situ..pembantu klinik dia pun semacam jer! 2 kali lima! senyum mahal harga 6 juta! Dia pun layan aku kurenggg sikit. Aku pun naik geram jugak la.... Rupa-rupanya, doktor tadi, bukan orang Malaysia! Doktor Import! Patutla bengap sangat! Tak paham bahasa.. tak berbudi bahasa pulak tu..Pendek kata kurang ajar laaaa... Kita elok-elok tanya dia..dia pulak yang macam nak cari gaduh! Adakah patut layan orang sakit macam tu. Aku masih geram kat klinik tu sampai sekarang. Dah la klinik dia selalu tak cukup ubat! Bertobat aku nak jejak kaki kat klinik neraka tu lagi.....


Pengajaran : Orang Malaysia sentiasa berbudi bahasa...

GAMBAR KOLEKSI

WAJAH-WAJAH DI SARAWAK FM

Mari bergoyang....


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com