GRUP TEATER NGONCONG DI SARAWAK FM

on Rabu, 13 Mei 2009

Malam ini, 14 Mei 2009.. Sembang Sastera di sarawak FM menampilkan salah seorang Ahli jawatankuasa yang baru bagi Grup Teater Ngoncong iaitu Tuan Haji Kassim Daud. Dalam bual bicara, beliau menerangkan peranan AJK Ngoncong yang baharu serta aktiviti-aktiviti dalam perancangan untuk memantapkan lagi kumpulan teater ini.

Sempat juga menyelitkan beberapa soalan nakal untuk Ngoncong... khasnya kontoversi yang melibatkan wakil negeri ke peringkat kebangsaan untuk Festival Teater Malaysia tahun lepas. Untuk mengetahui jawapan dan respon beliau...jangan lupa ikuti sembang sastera pada malam ini pukul 9.15 malam hanya di Sarawak FM.

Nor : Tahniah untuk Hazis Wahab yang masih lagi menjadi nakhoda untuk Ngoncong..

0 ulasan:

Catat Ulasan

GAMBAR KOLEKSI

WAJAH-WAJAH DI SARAWAK FM

Mari bergoyang....


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com