Jangan Sampai Terlanjur...

on Rabu, 6 Mei 2009

Anak dara zaman sekarang jauh bezanya dengan anak dara zaman dahulu. Tak payah diceritakan kat sini..tau sama tau lah yer...

Ni nak kongsikan dengan teman-teman semua. Kalau ada adik pompuan ke, anak sedara pompuan ke, anak pompuan ke.. (tak termasuk yang rasa dirinya pompuan ek!).. jaga elok-elok. Tapi, ada sesetengah orang memang dah jaga betul-betul, tapi tetap jugak buat hal...Hmmm..yang tu susah sikit nak cakap.


Mengandung sebelum nikah untuk zaman sekarang semakin menjadi-jadi. Macam perkara biasa la pulak. Masyarakat pun tak terkejut sangat kalau mendengar ada yang termengandung baru berusia 15 tahun. Huh...inilah manusia akhir zaman..maksiat semakin berleluasa..


Mahu tak mahu, kalau dah 'berisi' tu terpaksa lah jugak menikah. Dan inilah masalahnya. Prosedur baru untuk mereka yang nak menikah bawah umur ni terrrrrrlalu la banayk. Bukan macam zaman dulu. Panggil tok kadi, ada wali dan saksi..nikah jer laa. Tapi bukan zaman sekarang. Nak dijadikan cerita, baru-baru ini aku diuji untuk membantu sorang hamba Allah yang dah 'berisi' 4 bulan. umur baru 16 tahun. Pasangannya pulak..baaaaru masuk 17 tahun. Sorang form 4 sorang form 5.


dipendekkan cerita..aku bawaklah pegi JAIS. Nak mohon untuk nikahkan diorang ni punya la banyak prosedur. First, kena ada sijil berhenti sekolah.Kemudian, bapak bakal pengantin kena buat surat kebenaran ke Mahkamah untuk anaknya bernikah bawah umur. Lepas tu kena lagi carikan lawyer. Lepas di, ada sebutan kes depan hakim. Pasal denda dan bayaran lagi..tak payah cerita la.. Kalau yang berwalikan hakim lagi la banyak ceritanya. Juga perlu lawyer. Kemudian bertemu dengan HAKIM di Mahkamah Syariah. Dan macam-macam lagi. 2-3 minggu memang setiap hari berulang alik ke JAIS dan Mahkamah Syariah. Bila dah settle semua, baru boleh tetapkan tarikh akad nikah. Fuuuhhh.... bukan senang beb!


Jadi, kat sini, aku nak bagitau kat semua teman, kalau ada adik,anak sedara, anak, anak jiran dan saper-saper je lah.. tolonglah jaga diri elok-elok. Pegangan agama perlu didahulukan. Kalau dah terlanjur..payah kita dibuatnya. Yang kesian..orang tua yang terpaksa menanggung macam-macam. Urus itu dan ini, bagi duit untuk menikah (ni bagi yang bawah umur dan masih sekolah), tebalkan muka pegi jumpa penghulu mintak signature,dan macam-macam lagi. Paling sedih bila orangtua terpaksa MENANGGUNG MALU!


Untuk ibubapa yang pernah melalui ujian seperti ini,Apa pun yang berlaku..terimalah dengan hati yang tenang. Sentiasa sabar dengan setiap ujian dan dugaan. Sentiasa bermohon semoga Allah lindungi dari segala keaiban di dunia dan akhirat... Dan untuk adik-adik kita...berfikir sebelum membuat sesuatu tindakan. Fikirkan apa yang bakal kita hadapi untuk masa depan. Semoga Allah kuatkan iman kita........


Nor : Walaupun iman kita senipis tisu, jangan biar sampai ia terkoyak...





0 ulasan:

Catat Ulasan

GAMBAR KOLEKSI

WAJAH-WAJAH DI SARAWAK FM

Mari bergoyang....


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com