KARYA AGUNG YANG TERDAPAT DI MALAYSIA

on Khamis, 23 April 2009

1. BUSTAN al-KATIBIN

- karya paling awal tentang Bahasa Melayu yang disusun oleh seorang ilmuwan dan budayawan melayu ulung, Raja Ali Haji. Kitab ini selesai dikarang pada 15 September 1850. Raja Ali haji menekankan bahawa perkara paling utama yang harus dipelajari oleh orang Melayu tentang bahasanya ialah ilmu yang terkandung di dalamnya, kerana bahasa padanya ialah alat dalam sistem pemikiran yang digunakan secara kreatif oleh manusia untuk mancapai ilmu yang benar tentang alam ciptaan Allah. Dengan mengikuti adab dan syarat menuntut ilmu, pembelajaran bahasa Melayu mampu melahirkan penutur yang bukan sahaja fasih bercakap tetapi bercakap dengan budi bahasa dan adab sopan yang mutlak dengan ilmu yang sahih dan benar.

2. CERITA JENAKA MELAYU

-dalam edisi karya agung ini, termuat sebelas buah cerita jenaka Melayu iaitu, Hikayat Sang kancil, Pelanduk dengan Anak Memerang, Pak Kaduk, Lebai Malang, Pak Pandir, Pak Belalang, Si Luncai, Mat Jenin, Hikayat Pelanduk Jenaka, Hikayat Musang Berjanggut dan Hikayat Abu Nawas. Fungsi cerita jenaka bukan sekadar hiburan malah menjadi alat penyampaian ilmu yang biasanya disampaikan oleh tukang cerita dan diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Begitulah salah satu cara orang melayu dahulukala menyampaikan sesuatu ilmu atau pengajaran,iaitu melalui cerita. Cerita Pak Kaduk musalnya, pengajaran atau ilmu yang ditinggalkan ialah "Menang Sorak Kampung Tergadai". Melalui cerita ini, kita dapat melihat bagaimana orang desa yang tidak 'berkuasa' tidak mempunyai pilihan apabila berhadapan dengan pihak yang berkuasa sehingga dia terpaksa menyerahkan atau menukarkan haknya (iaitu ayam sabung yang jaguh) dengan aset yang tidak berharga milik pihak berkuasa. Cerita ini menggambarkan kebijaksanaan rakyat, iaitu orang melayu mentafsirkan keadaan sosial dan struktur kuasa masyarakatnya.

3. CERITA LIPUR LARA

-lima buah cerita lipur lara dimuatkan dalam buku ini adalah cerita lisan yang dirakam oleh pegawai-pegawai Inggeris seawal tahun 1886, bertujuan mendalami ilmu tentang orang melayu. Cerita-cerita yang dipersembahkan oleh penglipurlara dengan iringan rebab dan ketukan belangan atau batil begitu berpengaruh dan bersemarak dalam masyarakat Melayu sehinggalah sampai ke penghujung abad ke-20.

4. HIKAYAT ABDULLAH

- selesai dikarang pada 3 Mei 1843 di Kampung Melaka, Singapura, pada zaman dunia Melayu menghadapi cabaran ekonomi, politik dan budaya yang luar biasa dari Barat (Eropah). Abdullah Munsyi dianggap sebagai pengkritik sosial zamannya yang cuba membawa wawasan baharu supaya orang melayu mengubah acuan fikiran dan kepercayaan lama yang tidak progresif. Beliau menjadi tokoh yang memperkenalkan genre autibiografi den genre jurnalistik dalam sejarah kesusasteraan melay. Buku ini mengisahkan pengalaman hidupnya sepanjang berada di Melaka dan Singapura, yang merupakan beberapa catatan sejarah yang amat penting.

5. HIKAYAT ACHEH

- dihasilkan pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Aceh (1606-1636) sewaktu berlakunya pertumbuhan fikrah dan merupakan pusat tamadun Melayu-Islam yang besar dan kuat selepas kejatuhan Melaka pada tahun 1511. dalam hikayat ini, pembaca dapat melihat sejarah kebesaran kerajaan Melayu-Islam Aceh pada zamn itu, perhubungannya dengan dunia luar,khususnya dengan negeri-negeri dari dunia Asia-Barat, pertembungannya denga kuasa-kuasa luar dari Eropah (Portugis dan Belanda). Karya ini dikarang dalam bahasa melayu, bukan dalam bahasa Aceh atau Bahasa Arab, membuktikan bahawa bahasa Melayu menguasai rantau ini dalam pertumbuhan kegiatan penulisan dan pemikiran yang luar biasa hasil tamadun yang tinggi.

6. HIKAYAT HANG TUAH

- dikarang sekitar tahun 1641-1736. Satu-satunya epik Melayu yang melakar cita-cita, kebolehan, dan sikap hidup orang Melayu pada suatu zaman. Hang Tuah mewakili keunggulan citra Melayu sebagai bangsa berbudaya dan bertamadun dengan menonjolkan sifat-sifat bangga diri, keberanian, kepintaran dan budi bahasa halus, yang mendapat penghormatan dan pengiktirafan daripada bangsa dan kerajaan asing, yakni sumber hubungan luar ketamadunan Melayu pada zaman prapencerobohan Portugis di Melaka. Pengarang mengakhiri karyanya dengan meninggalkan semangat yang kekal dalam minda Melayu sehingga hari ini : "Takkan Melayu Hilang di Dunia".

7. HIKAYAT INDERAPUTRA

- sebuah karya agung Melayu Genre cerita lipur lara yang terkenal dan tersebar luas pada abad ke-17 hingga ke-19,terbukti dengan terdapatnya naskhah karya ini dalam versi-versi Aceh, Jawa, Lombok, Bugis, Makasar, Cam dan Mindanao. Inderaputera, watak utama hikayat in, diandaikan sebagai seorang pengembara sufi yang mencari kebenaran Illahi. Di samping kisah percintaan dan pengembaraan, karya ini merupakan sebuah karangan yang penuh dengan nada mengajar dan sebuah epik yang menyanjung seorang wira yang berjaya melepasi pelbagai rintangan sebelum mengasaskan dinasti raja tempatan.

8. HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

- hasil penulisan sejarah tradisional, dikarang pada sekitar tahun 1800-an, yang menyumbang keterangan tentang asal-usul keturunan raja-raja Kedah dari mitos dan lagenda. Penulisan ini menyatukan mitos dan realiti sejarah, antaranya: Pemberontakan rakyat menentang Raja Bersiung, Kisah Raja Buluh Betung, perhubungan kerajaan Kedah dan Siam, proses pengislaman raja Kedah dan Lain-lain.

9. HIKAYAT PANJI JAYENG KUSUMA

- sebuah cerita panji yang juga ditulis dalam bahasa melayu. Unsur-unsur utama yang diketengahkan dalam buku ini ialah percintaan, pengembaraan dan peperangan. Percintaan dalam HPJK berlangsung antara anak-anak raja dari beberapa buah kerajaan seperti Kuripan, Daha, gagelang, Singasari, Majapahit dan Lasem. Semua anak raja ini ditunangkan sesama mereka sejak kecil lagi. Raden Inu Kerta Pati, sebagai wira dalam cerita ini telah ditunangkan dengan Raden Galoh Candera Kirana, wirawatinya. Namun, akibat tersilap mendapat gambaran paras rupa Raden Galoh Candera Kirana,Raden Inu kertapati telah memutuskan peryunangan mereka, sebaliknya berkahwin pula dengan anak raja Singasari, Raden Galuh Lasmi Ningrat. Walaubagaimanapun, Raden Inu Kertapati akhirnya mengetahui rupa paras sebenar raden Galuh Cendera Kirana selepas berangkat ke Daha untuk menghadiri perkahwina Raden Galuh Cendera kirana. Raden Inu berazam untuk mengambil semula tunangnya itu, tetapi gagal apabila Raden Galuh Cendera Kirana menghilangkan diri. Ekoran daripada peristiwa itu bermulalah pengembaraan mereka mencari Raden Galuh Cendera Kirana. Sepanjang pengembaraan ini, berlaku pelbagai peristiwa seperti peperangan, penjelmaan, penyamaran dan sebagainya.

10. HIKAYAT RAJA PASAI

- kemungkinan dikarang dalam jangkamasa dari tahun dari tahun 1211-1400. Mencakupi suatu zaman dalam sejarah Pasai, Sumatera Utara. Di situ agama Islam mula-mula bertapak pada abad ke-13. Walaupun hikayat ini mengandungi unsur-unsur mitos setempattetapi terdapat juga yang didasari oleh fakta sejarah yang dibuktikan dengan penemuan nisan Malikul Salih ( nama yang diberikan kepada Merah Silau sesudah memeluk Islam). Karya ini memaparkan kisah kelahiran dan kejatuhan sebuah kerajaan Melayu yang dapat dijadikan pengajaran untuk generasi akan datang.

11. PANTUN MELAYU - BINGKISAN PERMATA

- karya ini menghimpunkan 4000 pantun, puisi istimewa ciptaan orang melayu. Buku ini juga memuatkan pelbagai jenis dan bentuk pantun, yang meliputi tema dan isi yang luas dan pelbagai. Edisi ini juga menyediakan tiga jenis indeks, iaitu Indeks Baris Pertama, Indeks Maksud dan Indeks Kata Rujuk untuk memudahkan pengguna membuat rujukan.

12. SULALATUS SALATIN

- dikenali juga sebagai Sejarah Melayu. Naskhah tertua ini pernah ditemui dikarang di Johor pada tahun 1612. Bendahara Paduka Raja Tun Seri Lanang dititahkan Sultan mengarang "diperbuatkan perteturun segala raja-raja Melayu dengan istiadatnya, supaya didengar oleh anak cucu kita kemudian dari kita dan diketahuinyalah segala perkataan, syahadan beroleh faedahlah mereka itu daripadanya". Episod-episod yang dipaparkan memberi maklumat penting tentang raja-raja Melayu serta istiadatnay, juga peristiwa bersejarah dalam kerajaan Melayu Melaka dan tanah jajahannya.

13. SYAIR KEN TAMBUHAN

- selesai disalin pada 20 September 1840 di Kampung Melayu, Negeri Makassar. Sebuah cerita panji yang dikarang dalam bentuk syair ini mengisahkan kisah percintaan dan pengembaraan Raden Inu Kerta Pati dan Raden Galuh Cendera Kirana. Ealaupun cerita ini berasal dari Tanah Jawa, temanya merentas sempadan etnik dan budaya setempat, yang membuktikan Bahasa Melayu telah mencapai taraf sebagai bahasa supraetnik sejak ratusan tahun lamanya.

14. TUHFAT an-NAFIS

- menceritakan sejarah Kerajaan Riau-Lingga, sebuah kerajaan Melayu selepas kejatuhan kerajaan Kesultanan Melaka. Menurut pengkaji, karya ini merupakan karya sejarah melatu yang paling kompleks dan canggih antara semua karya Melayu yang dikarang sebelum abad ke-20. Latar peristiwa meliputi jangka waktudari awal abad ke-17 hingga pertengahan abad ke-19. Dari segi geografi, Tuhfat an-Nafis meliputi kerajaan Melayu di Semenanjung Melayu, Kalimantan Barat, Sulawesi Selatan dan Betawi.

1 ulasan:

ibnughazali berkata...

Salam...uii...kacak blog kitak!harap dapat utarakan dengan detail siri2 teater di Kuching khususnya kerana kamek adalah salah seorang peminat seni ini..TQ..:)

Catat Ulasan

GAMBAR KOLEKSI

WAJAH-WAJAH DI SARAWAK FM

Mari bergoyang....


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com