TAHU KE KITA BAHAWA....

on Isnin, 22 Jun 2009




  • Manusia mempunyai lebih kurang 600 otot; tapi ulat bulu ada lebih 4,000!! Hairan tak?


  • Semut boleh mengangkat 50 kali ganda dan menarik 30 kali ganda dari berat badannya.


  • Kelawar selalunya membeluk ke kiri apabila keluar dari gua.
  • Hanya .016 mg toksin yang dikeluarkan oleh “Poison Frog” (katak beracun) boleh membunuh 180-paun manusia.


  • Seekor lebah perlu menghisap 4,000 kuntum bunga untuk mendapatkan satu sudu besar madu.

  • Kambing mempunyai anak mata yang berbentuk segi empat tepat.


  • Burung unta mempunyai kaki yang terpanjang. Kakinya boleh mencapai sepanjang 1.3m. Diet Panda ialah 99% buluh.


  • Deria rasa rama-rama di kaki belakangnya.


  • Sekiranya ekor kangaroo diangkat, ia tidak boleh melompat sebab ekornya berfungsi untuk mengimbangkannya.


  • Haiwan darat yang paling pantas di dunia ialah cheetah. Kelajuan yang boleh dicapainya ialah 60-70 batu per jam (110 km/jam).


  • Cengkadak hanya mempunyai satu telinga.


  • Hanya nyamuk betina yang akan gigit kerana protin dari darah diperlukan untuk pengeluaran telur.


  • Gigi tupai akan tumbuh berterusan. Gigi kacipnya boleh tumbuh sepanjang enam inci setahun, tapi masih pendek kerana penggunaan yang kerap.


  • Kelenjar di kaki rusa akan meninggalkan bau di jejak yang dilaluinya dan akan membantu mereka berkomunikasi diantara satu sama lain.


  • Tidak ada 2 ekor zebra yang mempunyai tanda yang sama.


  • Labah-labah mempunyai hidung dikaki yang boleh mengesan bau yang berkemungkinan mangsa, pemangsa atau pasangannya.


  • Ular tedung berleher hitam boleh menyemburkan bisa ke musuh sehingga sejauh 2.5m(8 kaki).


  • Seekor bebiri dewasa boleh menyimpan sehingga 2 liter air ubat kutu selepas mandi kutu
  • Cimpanzi boleh belajar mengenali dirinya di cermin tetapi monyet tidah boleh berbuat demikian.

    Siput mengeluarkan cecair tanpa warna dan melekit yang bertindak sebagai pelapik dibawahnya semasa ia bergerak. Cecair ini begitu efektif sehingga membolehkan mereka merangkak di mata pisau tajam dan tidak melukakan mereka.

  • Belalang boleh melompat sejauh 40 kali ganda panjang badannya.


  • Burung hantu mempunyai bola mata yang berbentuk tiub. Oleh itu mereka tidak boleh mengerakkan mata mereka. Untuk melihat sekeliling mereka terpaksa mengerakkan keseluruhan kepala.


  • Ada tapak sulaiman yang tidak perlu pasangan untuk membiak malah mereka boleh pecah kepada dua dan “tangan” yang baru akan tumbuh.


  • Lalat mempunyai 4000 kanta di setiap matanya.


  • Terdapat beberapa ekor singa yang boleh mengawan lebih dari 50 kali sehari.


  • Tanduk badak sumbu dibuat dari bulu yang dipadatkan.


  • Satu set gigi ikan yu boleh tumbuh dalam masa satu minggu!


  • Penyu dan kura-kura mempunyai kulit pelindung keras yang dibuat dari 59-61 tulang. Seperti tulang kita, kulit ini merupakan sebahagian dari rangka .


  • Sistem penghadaman arnab adalah unik. Ia akan berehat dalam lubang tanah selepas makan dan kemudian mengeluarkan najis lembut yang terjadi dari makanan yang separa hadam. Arnab akan makan najis tersebut untuk mendapat khasiat nya. Kemudian ia akan mengeluarkan najis berbiji-biji keras di luar lubang tanah.


  • Gigi tikus adalah seperti mata pisau kerana ia boleh mengunyah semua benda malah konkrit dan juga besi.


  • Makanan permulaan anak buaya mengandungi beberapa biji batu. Para saintis berpendapat batu ini sebagai pemberat yang membantu supaya dalam keadaan tegak semasa berenang dan/atau kisar makanan semasa penghadaman .


  • Burung belatuk boleh mencatuk dua puluh kali dalam masa satu saat..


  • Lipas boleh hidup selama sembilan hari tanpa kepala sebelum ia mati kelaparan.


  • Harimau bukan hanya mempunyai bulu yang berbelang malahan kulit nya juga berbelang


  • Burung penguin jantan akan mengeram sebiji telur yang ditelurkan oleh pasangannya, Semasa tempoh dua bulan ia tidak makan dan akan hilang 40% dari berat badannya


  • Kumpulan angsa akan berjalan dalam garisan panjang, terbang dalam bentuk V. Semasa seekor angsa mengepak ini akan meningkatkan daya untuk lain yang mengikut, malah lebih 70% daya penerbangan jika dibandingkan terbang bersendirian.


  • Ikan lumba-lumba perlu sedar semasa bernafas oleh itu mereka tidak boleh tidur nyenyak kerana ini boleh menyebabkan mati lemas. Mereka telah “menyelesaikan” masalah ini dengan hanya sebahagian dari otaknya yang tidur.
    Landak diahirkan bogel dan “duri” di badannya terdapat dibawah kulit dan akan bertunas dalam masa 36 jam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

GAMBAR KOLEKSI

WAJAH-WAJAH DI SARAWAK FM

Mari bergoyang....


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com